Mayat wanita ditemui dalam tandas pasar raya
Iklan
SEREMBAN- Seorang wanita warga Indonesia ditemui telah meninggal dunia dalam tandas sebuah pusat membeli-belah di Seremban 2 di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, wanita berusia 57 tahun itu ditemui oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 6 petang tadi.