Cuti anggota JPJ beku hingga 13 Februari
Iklan
Razali (duduk,tengah) ketika berucap pasa sidang media sempena majlis berkenaan.
JOHOR BAHRU - Seramai 150 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini dibekukan cuti bermula esok hingga 13 Februari ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai di atas jalan raya menjelang Tahun Baharu Cina.
Pengarahnya, Razali Wagiman berkata, ia termasuk cuti bagi anggota penguatkuasa cawangan, stesen penguatkuasa dan stesen kawalan sempadan.
Iklan
Iklan
"Tujuannya adalah untuk memastikan tahap efisien jabatan dikekalkan, ia kerana anggota kita perlu beroperasi selama 24 jam secara bergilir sepanjang tempoh ditetapkan.
"Anggota-anggota ini akan ditugaskan untuk pemeriksaan bas, rondaan selain menyamar sebagai penumpang bas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Tahun Baharu Cina di Terminal Larkin, di sini, malam tadi.
Iklan
Razali berkata, beberapa lokasi panas sering berlakunya kemalangan juga akan diberikan tumpuan sepanjang Ops Tahun Baharu Cina kali ini.
"Kita kenal pasti ada dua kawasan, ia di Batu Pahat dan Kluang, situ memang sering berlaku perkara tidak diingini, jadi anggota kita akan memberi tumpuan di sana,” katanya.
Iklan
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 60 buah bas sepanjang Ops Sisih dan Pemeriksaan Bas di Depoh yang berlangsung pada 22 hingga 28 Januari lalu.
Daripada jumlah itu, sebuah bas diambil tindakan atas kesalahan melibatkan tayar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>