APM siap siaga hadapi peralihan monsun
Iklan
ALOR SETAR - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menurunkan dan memeriksa sebahagian 75 buah bot pelbagai saiz bagi menghadapi kemungkinan hujan lebat hingga berisiko banjir ketika musim peralihan monsun di Pejabat APM Daerah Kota Setar di sini.
Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata pihaknya yakin dengan anggotanya untuk menghadapi situasi itu kerana mereka pernah mengendalikan stesen kuarantin sebelum ini sekali gus mendedahkan anggota terbabit dengan tatacara efisien dan efektif.