Bukit Aman siasat dakwaan pegawai terlibat pengubahan wang haram
Iklan
Abdul Hamid Bador
KUALA LUMPUR - Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berkenaan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram yang dilindungi pegawainya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan sementara menunggu laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Iklan
Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut diarahkan membantu dalam melengkapkan siasatan kes terbabit dan beliau memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus dan adil.
"Kita tidak akan berkompromi jika terdapat unsur penyelewengan dan rasuah dalam kalangan warga polis," katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Abdul Hamid sebelum ini juga dilaporkan berkata, polis sedia bekerjasama dengan SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya selain menunggu laporan suruhanjaya itu.
Terdahulu, media tempatan melaporkan ada dakwaan kegiatan Macau Scam dan judi dalam talian di negara ini dilindungi polis termasuk pegawai atasan yang menerima habuan daripada sindiket terbabit sekali gus menyebabkan kegiatan mereka sukar dibanteras dan keuntungan haram yang diperoleh kemudian 'dicuci' menerusi pelaburan perniagaan.
Iklan
Perkara itu timbul susulan siasatan SPRM terhadap sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki menjalankan kegiatan pengubahan wang haram bernilai ratusan juta ringgit, baru-baru ini.
Wang yang diraih hasil kegiatan haram dilaburkan dalam perniagaan diusahakan selebriti tempatan.
Setakat ini, lapan individu termasuk beberapa ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan 'Datuk' ditahan susulan siasatan yang dijalankan SPRM.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>