Banjir Kota Belud

Iklan
Pusat Pelancongan Kalangadan di Kampung Nahaba turut terjejas berikutan banjir yang telah menghakis tebing sungai dan menyebabkan beberapa pondok para pelancong yang dibina di kampung ini tidak selamat untuk diduduki.

Hujan yang tak berhenti-henti di daerah ini kelmarin menyebabkan beberapa penduduk kampung meninggalkan rumah mereka yang dinaiki air.

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Sabah meningkat kepada 287 orang daripada 86 keluarga pagi ini dan satu lagi pusat pemindahan banjir (PPB) dibuka menjadikan keseluruhan enam pusat pemindahan setakat hari ini.

Iklan
Iklan