Pas sifatkan Shafie rakus, Anwar kamikaze

Iklan
Nazir Helmi

SHAH ALAM - Isu penularan pandemik Covid-19 di Sabah boleh dielakkan sekiranya Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak rakus mencuba nasib untuk kekal menjadi Ketua Menteri walaupun telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nazir Helmi berkata, sekiranya Mohd Shafie menerima hakikat dan memilih untuk menyelamatkan Sabah serta negara, sudah pasti situasi buruk yang melanda negara kini boleh dielakkan.

Iklan
Iklan

"Sebaliknya, beliau memilih dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti melalui Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Akibatnya kerajaan, negara dan rakyat menerima kesan cukup besar dengan kadar jangkitan Covid-19 yang meningkat secara mendadak berpunca daripada jangkitan yang dibawa pulang selepas daripada kehangatan tempoh berkempen dan segala urusan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Sementara itu, Nazir berkata, belum reda situasi di Sabah, terdapat seorang lagi tokoh Pakatan Harapan (PH) yang sedang mencuba perkara sama di negara ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah cuba meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan melalui kenyataannya yang mempunyai majoriti untuk menukar kerajaan.

Iklan

"Sedangkan, perkara itu masih lagi tidak dipastikan tetapi kerana hendak mengejar kedudukan sebagai perdana menteri, beliau menggalakkan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU).

"Kita lihat ini adalah cubaan Kamikaze yang cukup jijik jika benar PRU mahu dilakukan oleh beliau, sedangkan rakan-rakan sekutu dalam PH pun masih terpinga-pinga terhadap langkah yang dibuat oleh tokoh ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Pemuda Pas meminta agar Anwar menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai 'orang tua' yang ingin melihat Malaysia terus berada dalam keadaan selamat tanpa memikirkan tentang perut dan isi kepentingan peribadi untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada Sabah dan beberapa tempat lagi yang sudah terkesan. Bersimpatilah kepada rakyat yang sedang mahu membangunkan kehidupan mereka setelah melalui tempoh PKP yang cukup memeritkan,” katanya.