150 pegawai perubatan KKM terima lantikan tetap

Iklan
Dr Adham Baba

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan menawarkan pelantikan secara tetap kepada 150 Pegawai Perubatan Gred UD41 (kontrak) yang telah menjalani latihan siswazah dengan jayanya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu seramai 66 pegawai atau 44 peratus daripadanya merupakan anak kelahiran negeri Sarawak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baki 84 pegawai lagi atau 56 peratus dari semenanjung yang memberikan komitmen sepenuhnya kepada rakyat Sarawak akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Sarawak pada 12 Oktober 2020.

"Melalui tawaran pelantikan ini, kesemua Pegawai Perubatan Gred UD41 (kontrak) anak kelahiran negeri Sarawak dalam Kohort Lantikan Bilangan 2 Tahun 2017 yang memenuhi kriteria telah pun ditawarkan pelantikan secara tetap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, tawaran pelantikan itu selaras dengan permohonan pelantikan tetap yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 21 September 2020.

Katanya, tawaran berkenaan merupakan kesinambungan urusan pelantikan secara tetap kepada Pegawai Perubatan Gred Ud41 (kontrak) dalam kalangan Kohort Lantikan Bilangan2 Tahun 2017.

Iklan

"Pelantikan ini dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk dikebelakangkan mulai 15 Mei 2017 iaitu bersamaan dengan tarikh pegawai melapor diri sebagai pegawai lantikan kontrak.

"Bagi urusan kali ini, penempatan pegawai hanya dibuat di pejabat dan fasiliti kesihatan di negeri Sarawak sahaja dengan mengambil kira faktor kepentingan perkhidmatan dan kekosongan jawatan," katanya.