Kemudahan awam Perhilitan ditutup mulai esok

Iklan
Paya Indah Wetlands antara kemudahan awam di bawah kelolaan Perhilitan yang ditutup sementara bermula esok hingga diberitahu kelak. - Foto sumber internet

SHAH ALAM - Semua kemudahan awam di bawah kelolaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ditutup sementara bermula esok hingga diberitahu kelak.

Perhilitan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan langkah tersebut diambil bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Kemudahan yang terlibat ialah Paya Indah Wetlands (Selangor), Taman Negara Kelantan, Kuala Koh (Kelantan), Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong (Kenyir).

"Di Pahang pula membabitkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Tapak Ramsar Tasek Bera," katanya.

Iklan

Dalam kenyataan sama, Perhilitan turut memaklumkan penutupan sementara semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Iklan