'Kerjasama Pas, Bersatu tidak khianati UMNO'
Iklan
Mokhtar Senik
SHAH ALAM - Muafakat Pas dan UMNO tidak mengikat antara satu sama lain, malah Pas dan Umno bebas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak selagi tidak melanggar persepakatan.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik berkata, berdasarkan faktor itu Pas tidak kisah apabila UMNO mengadakan hubungan mereka dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).
Iklan
Iklan
Namun katanya, terdapat satu persepakatan iaitu mana-mana pihak tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) atau individu pimpinan pakatan tersebut.
"Atas dasar itu, Pas tiada hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) atau DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Juga tidak menyokong Lim Kit Siang atau Mohamad Sabu atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
"Adapun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan (Presidennya) Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah keluar dari PH. Maka di mana khianatnya Pas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas persoalan yang ditimbulkan segelintir pihak bahawa parti itu mengkhianat UMNO dengan mengadakan kerjasama dengan Bersatu dan menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Mengulas lanjut, Mokhtar berpandangan bahawa pengkhianatan hanya berlaku apabila secara diam-diam Pas dan ahli Parlimennya menyokong Anwar dan berjanji untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Muafakat Nasional (MN) dapat diperkukuhkan oleh Pas dan UMNO dengan sebaiknya dengan berpegang teguh kepada piagam yang digariskan sebelum ini.
"Jangan layan pihak-pihak yang mahu pecahkan PN atau BN atau MN. Jangan ambil sebarang pendekatan politik yang boleh mengembalikan PH dan DAP ke Putrajaya. Cuba belajar mengenali aulawiyat politik.
"Kerana aulawiyat politiklah maka Pas sanggup tak bertanding walau satu kerusi pun di Sabah kerana bagi Pas mengalahkan PH lebih penting dari Pas bertanding.
"Dengan itu semua pihak mesti mempastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti semua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya bertanding dua penjuru sahaja," katanya.
Bagaimanapun, katanya, jika ketiga-tiga parti utama iaitu Pas, Bersatu dan UMNO gagal memutuskan pertandingan hanya dua penjuru, bermakna mereka perlu bersedia melihat PH kembali menjadi kerajaan.
"Dan itu merupakan malapetaka yang lebih dahsyat dari pandemik koronavirus (Covid-19) kepada negara ini," tambahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>