Bapa didakwa rogol anak kandung
Iklan
JOHOR BAHRU - Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.