Keputusan ujian kedua Covid-19 MB Terengganu negatif

Iklan
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disahkan negatif dalam ujian saringan kedua Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) koronavirus (Covid-19).

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Menteri Besar Terengganu ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ujian kali kedua itu dilakukan pada Sabtu lalu.

Pada 25 September lalu, Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid memaklumkan Ahmad Samsuri diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: MB Terengganu dikuarantin 14 hari

Isteri, tiga pegawai MB Terengganu jalani kuarantin

Iklan

Ia susulan berlaku kontak rapat antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu dengan dua individu yang disahkan positif Covid-19.

Kesemua program yang melibatkan Ahmad Samsuri juga ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin.

Sementara itu, isteri Ahmad Samsuri, Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman dan tiga pegawai Menteri Besar yang turut menjalani ujian tersebut, juga disahkan negatif.

Kesemua mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalani kuarantin sendiri sejurus pulang dari Sabah, kira-kira dua minggu lalu.