Covid-19: Jangkitan di Indonesia lepasi angka 300,000 kes
Iklan
JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, kes positif keseluruhan kini mencecah 303,498 kes, manakala 139,401 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.