NUBE gesa moratorium untuk tiga bulan lagi
Iklan
J Solomon
SHAH ALAM - Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) menggesa supaya bank melaksanakan semula moratorium keseluruhan sekurang-kurangnya tiga bulan lagi ke atas pinjaman khususnya golongan berpendapatan rendah.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata, selaras dengan itu kerajaan harus segera memperoleh persetujuan bank untuk melaksanakan moratorium keseluruhan itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ini kerana moratorium bersasar yang diperkenalkan mulai bulan ini tidak menangani kesulitan kewangan mereka dalam mengharungi pandemik Covid-19.
"Kerajaan harus segera memperoleh persetujuan bank untuk melaksanakan moratorium keseluruhan untuk sekurang-kuranganya tiga bulan bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah, khususnya B40 dan M40.
Iklan
"Kemudahan sama harus juga diberikan kepada syarikat yang terus terkesan akibat kemelesetan ekonomi kerana Covid-19,” katanya.
Mengulas lanjut, Solomon berkata, mengambil contoh, ketika ini ramai daripada ahli NUBE mempunyai anggota keluarga yang terkesan kerana hilang pekerjaan atau gaji dipotong, menyebabkan pendapatan isi keluarga merosot dan menambah kesulitan kewangan, khususnya kemampuan untuk membayar pinjaman bank.
Iklan
"Situasi ini bukan sahaja melibatkan ahli NUBE tetapi ratusan ribu keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.
"Kehilangan pekerjaan atau pemotongan gaji walau seorang ahli keluarga menjejaskan pendapatan seluruh isi keluarga dan memberi tekanan tambahan terhadap kemampuan mereka untuk membayar pinjaman perumahan, kenderaan dan pinjaman peribadi oleh bank,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>