PH bimbang kerjasama erat Pas - Umno
Iklan
Noraini Ahmad
SHAH ALAM - PH bimbang dengan kerjasama Pas - Umno apatah lagi selepas BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRK minggu lepas.
Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, kekalahan tersebut juga menyebabkan PH mencari pelbagai sebab seolah-olah menafikan kekalahan mereka pada 26 Januari lepas.
Iklan
Iklan
"Ada yang cakap di PRK Cameron Highlands, PH kalah sebab pengundi di sana setia.
"Mereka cari sebab, tak menerima hakikat bahawa mungkin rakyat marah dengan kerajaan sekarang kerana tak tepati janji.
Iklan
"Sedangkan dalam hati kecil mereka, mungkin takutlah tu,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan formula 'tutup tol dan turunkan harga minyak untuk PH menang PRK Dun Semenyih’.
Iklan
Menurut Ahli Parlimen Parit Sulong itu, formula tersebut mungkin adalah manifestasi ‘kebimbangan’ PH selepas melihat kejayaan kerjasama Pas - Umno di Cameron Highlands.
"Pada saya mereka dah ada peluang untuk turunkan harga minyak masa mereka menang tapi mereka tak buat.
"Kali ini kita tengok sajalah. Sebab anda tak perlu tunggu PRK sebab (sebelum ini) dah janji tapi tak buat pun,” ujarnya.
Dalam pada itu, Noraini bernada positif ketika ditanya peluang BN dalam PRK Dun Semenyih kelak.
"Insya-ALLAH, kita akan teruskan usaha kita dan kerjasama akan dijalinkan dengan lebih kuat lagi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>