SPR sahkan tiga petugas dijangkiti Covid-19
Iklan
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengesahkan tiga petugasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangkiti Covid-19.
Ketika dihubungi, Abdul Ghani berkata, selain tiga petugas itu yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, kesemua petugas SPR lain yang terlibat dengan pilihan raya itu diarah supaya menjalani kuarantin dua minggu.