Aswara tangguh kemasukan pelajar

Iklan
Aswara menangguhkan kemasukan pelajar lama dan baharu ke akademi itu berkuatkuasa 2 Oktober 2020.

SHAH ALAM - Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menangguhkan kemasukan pelajar lama dan baharu ke kampusnya berkuatkuasa 2 Oktober sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Aswara dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua sesi bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara atas talian.

Iklan
Iklan

"Aswara juga memutuskan aktiviti berbentuk ‘indoor’ dan ‘outdoor’ seperti program persembahan, program sukan, bengkel dan program sosial yang telah dijadualkan seperti perancangan sebelumnya ditangguhkan sehingga diberitahu kelak,” menurut Aswara di sini hari ini.

Aswara berkata, pihak pengurusan mengambil maklum akan status terkini wabak koronavirus (Covid-19) yang kian meningkat.

Iklan

"Kami sangat mengambil berat mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar serta seluruh warga kerja Aswara,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di talian 03- 2778 5971, Bahagian Hal Ehwal Akademik, 03-2778 5988 Unit Kemasukan dan Rekod, 03-2778 5961 dan hotline Task Force Covid-19, 03-2778 5909,

Iklan