Pas ikrar sokong penuh kerajaan GRS

Iklan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM - Pas berikrar terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selaras dengan itu Pas akan menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diberi mandat mengemudi Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September lalu.

Iklan
Iklan

"Sayugia ditegaskan bahawa Pas khususnya di Sabah mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari kalangan pelbagai etnik dan suku Rakyat Sabah termasuk yang bukan beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong Pas (DHPP).

"Justeru, Pas yakin kepimpinan Kerajaan GRS yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama serta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Pada PRN Sabah, Pas selaku komponen PN tidak bertanding bagi mana-mana kerusi setelah bersetuju memberi laluan kepada sekutu PN yang lain meletakkan calon di 73 kerusi dalam PRN Sabah.