Syarikat produksi berhutang dengan Istana Budaya diseru tampil
Iklan
KUALA LUMPUR - Istana Budaya menyeru syarikat produksi yang masih berhutang dengan institusi itu dan kini"menghilangkan diri” agar tampil bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Zaiton Md Desa berkata, pihaknya menghadapi masalah untuk menghubungi syarikat produksi terbabit apabila surat yang dihantar dikembalikan manakala pejabat pula telah dikosongkan.