Siti Sarah, Shuib dipercayai dipanggil SPRM
Iklan
KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, pasangan selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya tengah hari tadi untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.