Staf positif Covid-19, sebuah Tabika Kemas di Terengganu ditutup

Iklan
Tabika Kemas Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini ditutup bermula hari ini selepas seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

Pengarahnya, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu, bagaimanapun tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak.

Iklan
Iklan

"Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

"Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan
Iklan

Katanya, buat masa ini semua Tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. - Bernama