MB Johor jalani kuarantin

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU- Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan beliau telah dua kali menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.

Beliau kini masih menjalani kuarantin diri secara sukarela di rumah dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari Sabah.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September lalu, saya telah melakukan ujian pengesanan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.

"Kali kedua, ujian pengesanan sama telah dilakukan pada 27 September juga menunjukkan keputusan yang negatif," katanya menerusi Facebook beliau.

Iklan

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut menggesa orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar terhindar daripada wabak Covid-19 yang sehingga kini belum berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Selangor, isteri jalani kuarantin di rumah

Iklan

MB Perlis jalani kuarantin di rumah