Banjir: PPS dibuka 40 mangsa terjejas
Iklan
Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi, Negeri Sembilan pagi tadi.
SEREMBAN - Seramai 40 individu membabitkan lapan buah keluarga dari dua kampung di Rantau di sini, terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada pagi tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sega Hilir dan Kampung Pasir di sini.
Iklan
Iklan
Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi, Negeri Sembilan pagi tadi 2..
Menurutnya, kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sega Hilir.
"PPS telah dibuka pada jam 7.30 pagi tadi bagi menempatkan kesemua mangsa yang terjejas.
Iklan
"Banjir kilat yang berlaku disebabkan limpahan air Sungai Linggi.
"Bagaimanapun kesemua mangsa selamat dikeluarkan dan keadaan ketika ini adalah terkawal dan air di kediaman mangsa masih dalam keadaan statik,” katanya.
Iklan
Anggota APM membuat pemeriksaan suhu badan di PPS.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>