29 kawasan di daerah Petaling berdepan gangguan air
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kawasan di daerah Petaling, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 11 malam ini susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, bekalan air akan ditutup malam ini bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah terbabit yang dijangka siap pada 5 pagi esok dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi.