Sabah dikenakan 'lockdown' Jumaat ini berita palsu: MKN
Iklan
KOTA KINABALU - Penduduk di Sabah dinasihatkan agar tidak percaya berita palsu yang tersebar, kononnya tindakan 'lockdown' akan dikenakan di seluruh negeri Jumaat ini.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya memaklumkan, setakat ini hanya empat daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) iaitu Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kunak.