Banci 2020

Iklan
Penjawat awam, Nurul Nabila Rosdi mengguna waktu rehat tengah harinya untuk mengisi borang pra-pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian (e-CENSUS) melalui laman sesawang mycencus.gov.my. Orang awam disarankan untuk mengisi borang pra-pendaftaran e-CENSUS fasa 1 secara dalam talian yang akan berakhir pada 11:59 malam ini. Bagaimanapun bagi yang tidak berpeluang mengisi e-CENSUS, mereka akan dibanci secara bersemuka (Fasa 2) mulai 7 hingga 24 Oktober ini. Jabatan Perangkaan mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi hotline 1-800-88-7720 atau emel ke helpdesk.banci@dosm.gov.my sekiranya menghadapi masalah berkenaan Banci 2020. - Foto Bernama