IHPR pengeluaran tempatan susut 2.8 peratus pada Ogos 2020

Iklan
Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia untuk pengeluaran tempatan merosot 2.8 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2020 kepada 101.7 berbanding 104.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan IHPR pengeluaran tempatan keseluruhan dipengaruh penurunan indeks perlombongan merosot 33.7 peratus, bekalan elektrik dan gas (-1.9 peratus) dan pembuatan (-0.9 peratus).

Iklan
Iklan

Sebaliknya, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan; serta bekalan air, masing-masing meningkat sebanyak 15.6 peratus dan 0.7 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan berkata, berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR sebanyak 39.2 peratus item mencatatkan kenaikan harga sementara 54.5 peratus item menunjukkan penyusutan dan 6.3 peratus item tidak berubah.

Iklan

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan kenaikan marginal 1.0 peratus pada Ogos 2020, disokong peningkatan indeks pertanian, perhutanan dan perikanan (6.0 peratus), perlombongan (3.0 peratus), bekalan air (1.5 peratus) dan pembuatan (0.5 peratus).

Bagaimanapun, indeks elektrik dan gas turun 0.2 peratus.

Iklan

Selain itu, katanya, IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari-Ogos 2020 mencatatkan penurunan 2.4 peratus berbanding -2.3 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. - Bernama