Lebih sejuta korban Covid-19 di seluruh dunia

Iklan
Kebanyakan negara antarabangsa kini berdepan gelombang jangkitan baharu selepas wabak itu berjaya dikawal. - Foto AFP

ANNAPOLIS - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia telah melepasi angka sejuta hari ini dalam tempoh kira-kira 10 bulan selepas ia pertama kali dikesan di China yang turut menyaksikan kebanyakan negara kini berdepan lonjakan kes jangkitan.

Data diperoleh Johns Hopkins University menunjukkan kematian di Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India menyumbang hampir separuh daripada jumlah keseluruhan.

Iklan
Iklan

Pakar bagaimanapun memberi amaran angka korban sebenar mungkin jauh lebih tinggi ketika negara antarabangsa kini bergelut untuk menghasilkan vaksin.

Sehingga kini, wabak itu telah merebak ke 188 negara dengan lebih 32 juta kes jangkitan di seluruh dunia.

Iklan

Dalam perkembangan lain, kira-kira 120 juta kit ujian pantas akan disediakan untuk negara berpendapatan rendah dan pertengahan dengan kos berjumlah AS$5 (RM21) untuk setiap unit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), langkah itu akan membantu 133 negara mengesan Covid-19 dan membendung penularan wabak tersebut.

Iklan

Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pengeluar Abbott dan SD Biosensor mencapai persetujuan dengan Yayasan Bill & Melinda Gates untuk menghasilkan kit mudah alih tersebut dalam tempoh enam bulan.

Difahamkan, ujian antigen tersebut tidak memerlukan makmal dan keputusan boleh diperoleh dalam tempoh 15 minit. - AFP