KUALA LUMPUR - Pelan Induk Bandar Pintar dan Pelan Tindakan Iklim Untuk Kuala Lumpur dirangka bagi mengatasi cabaran semasa yang dihadapi penghuni bandar raya ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, Pelan Induk Bandar Pintar Kuala Lumpur merupakan dokumen yang mengandungi inisiatif DBKL bagi menaik taraf perkhidmatan teknologi membabitkan pembangunan ekonomi dan mobiliti sosial manakala Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur pula merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan DBKL menerusi program diperkenalkan dalam Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 dalam memerangi perubahan iklim dihadapi di ibu kota itu.