Najib banyak berahsia tentang Jho Low, 1MDB
Iklan
KUALA LUMPUR – Jemaah menteri kerajaan terdahulu tidak pernah dimaklumkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Khairy Jamaluddin.
"(Najib) tak pernah maklumkan (mengenai Jho Low) kepada jemaah menteri, banyak perkara tentang 1MDB tidak dimaklum kepada jemaah menteri," kata bekas menteri belia dan sukan itu kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara berkenaan di lobi Parlimen hari ini.