Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini 275,213 kes, kematian 10,386
Iklan
JAKARTA - Indonesia mencatatkan 3,874 jangkitan baharu koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu kini 275,213.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 129,553 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.