JKNT siasat dakwaan bocor maklumat pesakit
Iklan
KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menyiasat dakwaan mengenai kebocoran maklumat dua nama pesakit Covid-19 yang tular di media sosial, sejak semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan menegaskan bahawa semua kakitangan jabatan itu sangat menjaga kerahsiaan pesakit.