PBS nafi sokong Warisan Plus, kekal bersama GRS

Iklan
PBS menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya akan bergabung bersama Warisan Plus bagi membentuk kerajaan baharu di negeri tersebut.

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan dakwaan kononnya akan bergabung bersama Warisan Plus bagi membentuk kerajaan baharu di negeri tersebut.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, PBS adalah merupakan rakan sekutu kepada Perikatan Nasional (PN) melalui satu pemeteraian yang telah dibuat sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Isu ini tersebar luas di beberapa laman sosial selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diumumkan semalam.

"Perkara ini adalah tidak benar, kami menafikan berhubung dakwaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Iklan

Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata, pihaknya akan terus teguh dan tetap bersama sekutunya iaitu PN dan Barisan Nasional (BN).

Semalam, beberapa parti yang bergabung melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menubuhkan kerajaan baharu dengan majoriti mudah sebanyak 38 kerusi meninggalkan Warisan Plus 33 kerusi dan tiga calon Bebas turut memenangi PRK Sabah kali ini.

Iklan

Difahamkan seorang calon Bebas yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang telah menyatakan sokongan kepada PN dan GRS.