Hajiji pertahan kerusi DUN Sulaman sejak 1990

Iklan
Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang disandangnya sejak 1990 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Hajiji, 65, yang juga Ketua Bersatu Sabah menang atas tiket PN kali ini dengan majoriti 3,099 undi.

Iklan
Iklan

Beliau memperoleh 5,919 undi dalam persaingan tiga penjuru menewaskan anak saudaranya, Datuk Aliasgar Basri daripada Warisan yang mendapat 2,820 undi manakala calon Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Rekan Hussien (253 undi). - Bernama