Calon BN positif Covid-19

Iklan
Sufian Abdul Karim

PITAS - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini.

Sufian dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata, beliau menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak-saudara yang membantu sepanjang kempen.

"Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh," tulis calon muda BN itu di laman sosial itu.

Iklan

Sufian pada masa sama turut memohon kontak rapatnya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif Covid-19.

Iklan