Biz Hall 2020 bantu usahawan terjejas Covid-19

Iklan
Nazir Hussin

TEMPOH beberapa bulan kebelakangan ini merupakan detik yang sukar kepada usahawan terutama yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik koronavirus (Covid-19).

Kajian oleh SME Corp baru-baru ini mendapati kira-kira 170,000 usahawan PKS dan mikro di seluruh negara terjejas akibat Covid-19 dan mengakibatkan 8.85 peratus perniagaan gulung tikar akibat kegawatan ekonomi global yang berpunca daripada virus itu.

Iklan
Iklan

Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menganjurkan sesi ‘town hall’ yang dinamakan, Bizz Hall 2020 sebagai pelan strategik bagi membantu rakyat khususnya usahawan mendapat khidmat nasihat, latihan dan pelbagai fasiliti di bawah MEDAC.

Yayasan Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Penganjuran Biz Hall 2020 ini diharap mampu memberi kelegaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk meneruskan perniagaan dalam tekanan ekonomi yang sangat mencabar serta dapat membuka peluang kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah MEDAC.

Iklan

"Sokongan kepada usahawan juga perlu diberikan secara berterusan dengan menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan selain membuka peluang-peluang baharu agar mereka boleh mengembangkan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bizz Hall 2020 akan diadakan Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada 27 September 2020. Ia akan dirasmikan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Iklan

Pelakon popular yang juga pemilik Rosyam ST Mart, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor akan bertindak sebagai moderator.

Yayasan Bank Rakyat berkata, sebanyak 66 peratus penyertaan dalam program yang julung kalinya diadakan ini adalah golongan usahawan yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan.

"Mereka adalah usahawan dari Lembah Klang iaitu seramai 159 peserta, diikuti Selangor (147), Melaka (9), Pahang (7), Negeri Sembilan (8) dan lain-lain negeri,” katanya.

Tambahnya, pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKKM), SME Corporation Malaysia (SME Corporation), SME Bank - Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) dan Bank Rakyat.

Agensi lain yang turut terlibat ialah TEKUN Nasional, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Cradle Fund Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Sementara itu, Nazir Hussin berkata, program berbentuk pembangunan dan latihan ini mensasarkan seramai 1,000 usahawan terpilih di tujuh lokasi dalam negara dengan hasrat membantu perniagaan mereka dan membantu rakyat yang berminat untuk menjadi usahawan.

"Penganjuran Biz Hall 2020 dapat membantu usahawan-usahawan PKS dan mikro yang terkesan dengan koronavirus (Covid-19) untuk memulihkan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, usahawan perlu mencari peluang dalam suasana ekonomi yang sukar ini dengan memanfaatkan setiap peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya MEDAC dan agensi-agensi yang sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan usahawan.

Sekiranya, ada usahawan PKS dan mikro yang berminat untuk menyertai Biz Hall ini, boleh menghubungi sekretariat di talian 012 3665400 (Norhaziqah Radzi) dan 012 3382246 (Haziqah Hazemi).