Izzaddin dilantik sebagai Pengerusi Celcom Axiata
Iklan
PENGARAH Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap bakal Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Izzaddin Idris dilantik sebagai Pengerusi Celcom Axiata Bhd berkuat kuasa 16 Oktober ini.
Axiata Group Berhad (Axiata) dalam satu kenyataan memaklumkan, Izzaddin bakal mengambil alih tugas Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang akan bersara pada 15 Oktober ini namun beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata sehingga penghujung Disember 2020.