LHDN muat naik soalan lazim BPN 2.0 dan GKP 2.0

Iklan
LHDN
LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memuat naik soalan lazim (FAQ) mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 di portal rasmi agensi berkenaan.

LHDN menjelaskan FAQ BPN 2.0 itu boleh dicapai di pautan BPN 2.0 - http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_BPN_2.0_1.pdf dan GKP 2.0 -http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_2.0_1.pdf.

Menurutnya, ia selaras dengan pengumuman kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin).

"Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my,” katanya LHDN dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line dan HASiL Live Chat serta borang maklum balas di portal rasmi LHDN.