Covid-19: KKM sasar saring 30,000 individu di Tawau, Lahad Datu
Iklan
Dr Adham Baba
TAWAU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan saringan koronavirus (Covid-19) dalam komuniti secara besar-besaran melibatkan dua daerah di Sabah iaitu Tawau dan Lahad Datu, kata menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 30,000 individu disaring berikutan penularan wabak tersebut dalam komuniti di kedua-dua kawasan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kita laksanakan saringan ini kerana berlaku penularan dalam komuniti selain di penjara atau lokap.
"Setakat ini, KKM menyaring 10,389 individu di Lahad Datu, Tawau serta Sandakan membabitkan Kluster Benteng, selain saringan terhadap 128 individu berkaitan Kluster Udin di Tawau," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Tawau hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, KKM juga akan membuat saringan Covid-19 di Semporna dan penilaian risiko sedang dijalankan di kawasan tersebut.
Menurut beliau, setakat ini terdapat 1,337 individu disaring di Semporna membabitkan Kluster Pulau, Kluster Bangau-Bangau, Kluster Selamat dan Kluster Bakau.
Iklan
Ditanya mengenai keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon Merah melibatkan Tawau, Lahad Datu, Kunak serta Semporna, Dr Adham berkata KKM melaksanakan penilaian risiko secara berterusan kerana Covid-19 menular dalam komuniti dan keperluan berkaitan itu akan diumum dalam masa terdekat.
"Setakat ini, mencukupi dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Dalam hal berkaitan, Dr Adham berkata, sebanyak 29 mesin ventilator tambahan dihantar ke Sabah untuk keperluan pesakit Covid-19.
"Ketika ini hanya seorang pesakit Covid-19 di Sabah menggunakan mesin ini namun kita hantar sebagai memastikan kesiapsiagaan kita untuk negeri ini," katanya.
Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu ini (26 September), beliau menyarankan pengundi merujuk kepada portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan maklumat berkaitan SOP pada hari pengundian tersebut.
Beliau berkata, pengundi yang dikuarantin tetapi ingin mengundi boleh memohon surat kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah atau merujuk portal SPR.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, KKM akan menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Pendidikan berhubung kebimbangan ibu bapa mengenai keperluan anak-anak ke sekolah di kawasan Zon Merah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>