ATM nafi warganya dijangkiti Covid-19 semasa undi awal
Iklan
KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan warga tentera setelah mencelup jari dalam dakwat sewaktu proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelmarin.
Markas ATM, dalam kenyataan hari ini, menyebut maklumat yang tular di media sosial adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah, Sabtu ini.