Warga emas dipukul tiada kaitan pasang bendera parti: Polis

Iklan
Gambar hiasan.

SANDAKAN - Kes lelaki warga emas yang cedera parah disyaki dipukul di Pulau Nunuyan Laut, dekat sini dan tular di media sosial tiada kaitan dengan pemasangan bendera parti pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin.

Sebaliknya, katanya, kejadian membabitkan mangsa berumur 62 tahun itu disyaki berpunca daripada insiden ejekan terhadap seorang lelaki berumur 26 tahun yang merupakan suspek dalam kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana merasakan mangsa sering mengejeknya setiap kali berjumpa.

"Ini tiada kaitan dengan dakwaan akibat memasang bendera parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Mohd Azhar berkata, kejadian itu berlaku Jumaat lalu apabila mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras di bahagian kepala.

Mangsa kini dirawat di Hospital Duchess of Kent di sini dan suspek pula direman sehingga 26 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Iklan

Semalam, sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki cedera di mata tular di media sosial didakwa mangsa cedera dipukul ketika memasang bendera parti di pulau itu.- Bernama