Tiada apa yang tumbang atau jatuh, kata KJ
Iklan
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.