Lebih 31.4 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

Iklan
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.88 juta kes jangkitan, diikuti India dengan 5.56 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.55 juta kes.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 31.4 juta kes.

Ini berikutan 200,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Iklan

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.88 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5.56 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.55 juta kes.

Iklan

Jangkitan Covid-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Iklan

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan dan Turki.

Negara merekodkan angka positif melebihi 250,000 termasuk Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan, Romania, Panama dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.- AWANI