Covid-19: Selangor catat satu kes baharu

Iklan
Selangor mencatatkan satu kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,215.

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan satu kes baharu koronavirus (Covid-19) pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,215.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan dalam Facebook memaklumkan kes berkenaan dikesan melibatkan warganegara.

Iklan
Iklan

"Setakat jam 12 tengah hari ini, satu kes baharu dilaporkan melibatkan jangkitan warga tempatan.

"Malaysia pula mencatatkan 82 kes baharu yang melibatkan 72 jangkitan tempatan. Majoriti besar kes baharu direkodkan di Sabah," katanya.

Iklan
Iklan