MIC mahu kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen
Iklan
M Saravanan - Foto Bernama
SEREMBAN - MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti mana PRU14.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan bagaimanapun berkata, parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya ia dilihat lebih berpotensi untuk memberi kemenangan.
Iklan
Iklan
"Kita sudah berbincang di peringkat BN dan permintaan MIC telah disampaikan kepada pucuk pimpinan BN. Mereka sedang kaji dan memperhalusinya.
"Kita akan kekal dengan sembilan kerusi yang kita bertanding sebelum ini. Pada masa sama, kita sedia dan rela bertukar mana-mana kerusi yang dilihat beri peluang cerah kepada parti komponen lain dalam BN untuk menang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia Negeri Sembilan di Palm Mall di sini hari ini.
Iklan
Saravanan berkata demikian menjawab soalan pemberita berkenaan pendirian MIC berhubung pembahagian kerusi pada PRU15.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, MIC bersikap terbuka dalam soal itu selagi ia dapat memberi kemenangan kepada BN.
Iklan
Beliau berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi dalam BN setakat ini juga adalah baik, namun perlu melalui satu peringkat lagi iaitu perbincangan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).
Parti itu hanya memenangi dua kerusi iaitu Parlimen Tapah dan Cameron Highlands.
Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan BN di kerusi Parlimen Cameron Highlands tidak sah dan terbatal selepas terbukti wujud amalan rasuah.
Kerusi Cameron Highlands kemudian diberikan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil pada tahun lalu yang menyaksikan BN menerusi wakilnya, Ramli Mohd Nor berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.