Kerajaan usaha kurangkan kadar kemiskinan di Sabah

Iklan
Mustapa Mohamed

KOTA KINABALU - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengutamakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021 hingga 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet agar usaha itu lebih tersusun dan berkesan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Jawatankuasa Kabinet itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan memberikan cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai langkah-langkah menangani kemiskinan.

"Merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia kadar kemiskinan peringkat nasional adalah 5.6 peratus manakala negeri Sabah ialah 19.5 peratus.

Iklan

"Bermula tahun hadapan dalam RMK12, kita akan menggunakan maklumat terkini untuk merangka dasar untuk menangani masalah kemiskinan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustapa berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan juga mendapati daerah yang paling tinggi kadar kemiskinan di Sabah adalah Tongod, Pitas dan Kota Marudu yang mencatatkan kadar kemiskinan sekitar 50 peratus.

Iklan

Oleh itu, Mustapa berkata, RMK12 yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan merupakan fasa pertama dalam usaha kerajaan mewujudkan gagasan baharu melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

WKB akan digunakan sebagai dasar untuk melaksanakan pembangunan sepanjang 10 tahun bermula tahun 2021-2030, katanya.- Bernama