IPD Subang Jaya terima Timbalan Ketua Polis baharu
Iklan
SUBANG JAYA - Superintendan Amihizam Abdul Shukor dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman memulakan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, hari ini.
Amihizam mengambil alih tugas berkenaan daripada Superintendan Risikin Satiman di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya disaksikan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.