SPRM tuduh pegawai kanan syarikat esok
Iklan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pegawai kanan dari sebuah syarikat kerana menyebabkan pemberi maklumat dipecat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
Menurut satu kenyataan, SPRM memaklumkan telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh pegawai kanan syarikat tersebut.
Iklan
Iklan
"Dia akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) kerana telah menyebabkan seorang kakitangan syarikat dipecat setelah memberikan maklumat kepada SPRM berkaitan salah laku yang dibuat olehnya," katanya.
Menurut kenyataan itu, pertuduhan di bawah seksyen tersebut merupakan yang pertama dalam sejarah sejak akta berkenaan berkuat kuasa pada 2010.
Iklan
"SPRM amat prihatin dengan masalah terpaksa dihadapi oleh pemberi maklumat sekiranya mereka dikenakan tindakan atas pendedahan jenayah rasuah yang dilakukan oleh pihak tertentu.
"Peruntukan undang-undang tersebut menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain di samping memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan yang memudaratkan," katanya.
Iklan
SPRM berharap pertuduhan berkaitan kes ini dapat memberikan isyarat kepada masyarakat agar tidak gentar dalam memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.
"Pertuduhan berkaitan kes ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada pihak yang cuba mengenakan tindakan ke atas pemberi maklumat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>