Fedtri Yahya kemalangan, selesai jalani pembedahan

Iklan
Fedtri Yahya selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan malam tadi. - Foto Instagram Fedtri Yahya

KUALA LUMPUR - Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan, malam tadi.

Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

"Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.

Iklan

Ramai warganet dan rakan artis turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.

Iklan