Dinosaur World, produk baharu Zoo Melaka
Iklan
Shadan (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai Zoo Treasure Hunt sempena Hari Malaysia 2020 di Zoo Melaka, Ayer Keroh hari ini.
MELAKA TENGAH - Tiga produk baharu Zoo Melaka termasuk Taman Tema Dinosaur World yang sedang dalam pembinaan dijangka menarik penambahan 50 peratus pengunjung menjelang November depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman berkata, dua lagi produk baharu yang dimaksudkan iaitu pameran burung peringkat antarabangsa dan kemasukan tiga lagi Orang Utan baharu.
Iklan
Menurutnya, Dinosaur World yang kini 50 peratus dalam proses pembinaan dijangka siap pada November dan akan menjadi pameran dinosaur terbesar di Asia Tenggara.
Shadan
"Selain itu pameran burung peringkat antarabangsa dan pertambahan tiga Orang Utan baharu yang dibawa dari Bukit Merah Laketown Resort dan A Famosa Resort akan merancakkan aktiviti Zoo Melaka dan penambahan pengunjung.
Iklan
"Kita yakin ini akan dapat menggamit kehadiran pelancong ke Melaka dan sejak MPHTJ mengambil alih zoo ini banyak perubahan yang kita lakukan untuk menyelamatkan haiwan di sini," katanya.
Beliau bekata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Zoo Treasure Hunt di Zoo Melaka yang diadakan bersempena Hari Malaysia, di Zoo Melaka, di Ayer Keroh di sini hari ini.
Katanya, Zoo Melaka merekodkan seramai lebih 60,000 pengunjung hingga Ogos selepas sektor pelancongan dibuka semula pada Jun lalu.
"Bulan lalu sahaja, kita merekodkan lebih 10,000 pengunjung ke zoo ini pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad dan kita jangka ia akan terus bertambah menjelang hujung tahun," katanya.
Iklan
Iklan
BERITA MOJO 27 SEPTEMBER 2023
Seorang warga emas yang hidup sebatang kara terpaksa berteduh di sebuah pondok berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Bunga Raya, di sini, sejak tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tan Hock Chuang berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai penjaga parkir dan dibayar gaji sebanyak RM40 sehari, selain mampu menyewa di sebuah bilik dengan kadar bayaran RM200 sebulan.
Namun menurutnya, segalanya berubah setelah pergelangan kaki kanannya diuji kesakitan dan mengalami bengkok sehinggakan sukar untuk bergerak dan bekerja seperti biasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/281008/edisi/melaka-ns/warga-emas-sebatang-kara-berteduh-di-pondok-usang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com