Restoran simpan daging biawak, babi hutan diserbu
Iklan
JOHOR BAHRU- Sebuah restoran yang menyimpan dan memiliki daging haiwan eksotik tanpa lesen di Seri Alam di sini diserbu penguat kuasa dalam satu operasi bersepadu pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam operasi bersepadu melibatkan 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perhilitan Johor bermula jam 11 pagi itu telah memeriksa 10 premis restoran di daerah ini.